Plot Azure Dreams

Azure Dreams menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Koh daripada pekan yang digelar Monsbaiya, yang teletak di kaki sebuah struktur besar iaitu Monster Tower, yang merupakan kediaman bagi makhluk-makhluk aneh dan raksasa. pada umur 15 tahun, Koh dibenarkan memasuki menara tersebut untuk membunuh raksasa dan meningkatkan reputasinya setaraf dengan ayahnya; ayahnya merupakan pemburu raksasa terulung pernah menjejak kaki di dunianya.